WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, ekonomi negara itu dijangka menarik sehingga AS$21 trilion pelaburan menjelang akhir tahun ini.
"Kita menerima lebih AS$17 trilion pelaburan dalam tempoh sembilan bulan.
"Ia kini hampir mencecah AS$18 trilion dan menjelang akhir satu tahun, jumlahnya dijangka mencapai antara AS$20 dan AS$21 trilion," katanya ketika berucap pada satu acara anjuran McDonald's.
Trump turut membandingkan rekod pentadbirannya dengan bekas Presiden Joe Biden, mendakwa Biden hanya berjaya menarik sekitar AS$1 trilion pelaburan sepanjang empat tahun memegang jawatan.
-- BERNAMA