Skip to main content

Dunia

Pejabat kedutaan Cuba di Amerika Syarikat dibuka semula

81437456672_BrunoRodriguez.jpg
Pejabat Kedutaan Cuba di Amerika Syarikat dibuka secara rasmi menandakan bermulanya hubungan diplomatik dua negara jiran yang sudah terjalin sejak 50 tahun lalu.

Menteri Luar Cuba, Bruno Rodriguez turut hadir ke acara berkenaan dan mengetuai upacara menaikan bendera.

Hubungan Amerika Syarikat dan Cuba tegang sejak 1961. Pada tahun 1970, kedua-dua buah negara menghadkan hubungan diplomatik masing-masing.

Sementara itu beratus masyarakat berhimpun di luar pejabat kedutaan bagi menyatakan sokongan mereka terhadap perkembangan ini.

Ada juga yang berhimpun dalam usaha mereka mendesak Amerika menghentikan embargo perdagangan.

Sementara itu, rakyat Cuba berharap hubungan baru ini dapat meningkatkan prospek ekonomi negara.

Must Watch Video