Skip to main content

Dunia

Peguam buat rayuan perintah penahanan Musharraf

81366325892_295x200.jpg
Pihak peguam akan membuat rayuan pada Jumaat ke atas perintah penahanan bekas pemerintah tentera dan perdana menteri Pakistan, Pervez Musharraf.

Perintah penahanan daripada Mahkamah Tinggi Islamabad itu dilihat sebagai satu  tamparan hebat buat jeneral bersara itu, yang sebelum ini membuat janji pilihan raya untuk "menyelamatkan" negara yang bermasalah itu pada pemilihan 11 Mei nanti.

Perintah tersebut dikeluarkan pada Khamis bersabit tuduhan khianat apabila beliau memecat hakim kanan dan menguatkuasakan perintah darurat ketika beliau ingin mengekalkan kuasa pentadbirannya.

Mushharraf turut dituduh terbabit dalam konspirasi pembunuhan bekas Perdana Menteri Benazir Bhutto  ekoran gagal melindungi keselamatan Benazir sehingga  seteru politiknya itu terbunuh.

Must Watch Video