OSLO: Norway pada Rabu mengumumkan bahawa pihaknya akan mengemukakan draf resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa Israel menarik balik sekatan terhadap penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza, susulan keputusan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
Menteri Luar Norway, Espen Barth Eide berkata langkah itu berasaskan permintaan terdahulu oleh negaranya kepada ICJ untuk mendapatkan pendapat penasihat mengenai kewajipan undang-undang Israel.
Norway sebelum ini mengetuai inisiatif di PBB bagi mendapatkan pendapat nasihat mahkamah berhubung kewajipan undang-undang Israel dalam membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini