Skip to main content

Dunia

Myanmar beri pengampunan kepada lebih 3,000 tahanan sempena tahun baharu

61681725143_Myanmar.jpg
YANGON: Majlis Pentadbiran Myanmar pada Isnin memberi pengampunan kepada lebih 3,015 tahanan sempena Tahun Baharu Myanmar, lapor Xinhua.

Menurut arahan berasingan majlis itu, 98 tahanan asing dan lima warga Sri Lanka turut diberi pengampunan pada Tahun Baharu.

Keputusan itu dibuat sempena sambutan Tahun Baharu negara Asia Tenggara itu dan atas dasar keamanan dan kemanusiaan, selain hubungan antara negara masing-masing dan Myanmar, menurut majlis itu.

Myanmar sebelum ini mengampuni ribuan banduan sempena Hari Tahun Baharu, termasuk membebaskan 1,619 tahanan pada tahun lepas.

Pada 4 Jan tahun ini, negara itu turut mengampuni lebih 7,000 tahanan sempena Hari Kemerdekaan yang ke-75.

-- BERNAMA

Must Watch Video