Skip to main content

Dunia

Menteri Luar Iran akan sertai mesyuarat BRIC di India

Iranian Foreign Minister Abbas Araghchi looks on during a meeting with Director General of the International Atomic Energy Agency (IAEA) Rafael Grossi, and Egyptian Foreign Minister Badr Abdelatty, at Tahrir Palace in Cairo, on Sep 9, 2025. (File photo: AP/Khaled Elfiqi)
Abbas Araghchi akan berkunjung ke India dan menyertai mesyuarat Menteri Luar BRICS. - Gambar fail

TEHRAN: Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi akan berkunjung ke India dan menyertai mesyuarat Menteri Luar BRICS.

Agensi Berita Republik Islam (IRNA) melaporkan, jurucakap Kementerian Luar, Esmail Baqaei membuat pengumuman itu dalam temu bual dengan India Today Global pada Selasa.

Beliau berkata, Iran dan India kedua-duanya merupakan anggota BRICS dan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) dan mempunyai tahap kerjasama serta penyelarasan yang baik dalam kedua-dua organisasi.

Baqaei menambah, mesyuarat yang diadakan serentak itu penting bagi Iran dan Tehran menantikan pertemuan dua hala dengan para menteri lain yang mengambil bahagian dalam acara berkenaan, termasuk menteri luar India sebagai negara sahabat.

India akan menganjurkan mesyuarat Menteri Luar BRICS di New Delhi pada 14 dan 15 Mei.

-- BERNAMA-IRNA

 

 

Must Watch Video