Skip to main content

Dunia

Menteri Kesihatan Palestin rayu komuniti antarabangsa lindungi Hospital Al Quds

71697880213_HospitalAlQuds.jpg
RAMALLAH (Palestin): Menteri Kesihatan Palestin Mai Alkaila merayu masyarakat antarabangsa dan semua pertubuhan hak asasi manusia untuk campur tangan dan melindungi Hospital Al Quds di Gaza daripada ancaman serangan Israel.

"Amat penting bagi masyarakat antarabangsa untuk bertindak segera bagi mengelak tragedi yang menimpa Hospital Arab Al Ahli pada Selasa lepas berulang," katanya dalam satu kenyataan, lapor Agensi Berita WAFA.

Beliau berkata Persatuan Bulan Sabit Merah yang mengendalikan Hospital Al Quds telah diberi notis agar mengosongkan hospital itu.

Ketika ini, Hospital Al Quds menampung lebih 400 pesakit dan kira-kira 12,000 penduduk yang kehilangan tempat tinggal berlindung di hospital berkenaan.

-- BERNAMA

Must Watch Video