Skip to main content

Dunia

Mengapa marmar Masjidil Haram kekal sejuk walaupun dalam cuaca panas melampau

UNSPLASH
Permukaan kawasan itu terdiri daripada marmar semula jadi berkualiti tinggi dan berwarna cerah dengan pekali penyerapan haba yang rendah. - Gambar hiasan

MEKAH: Lantai marmar di kawasan tawaf, atau Mataf, di Masjidil Haram kekal sejuk sepanjang hari walaupun terdedah kepada cahaya matahari yang terik, hasil gabungan canggih bahan semula jadi dan kejuruteraan terma.

Permukaan kawasan itu terdiri daripada marmar semula jadi berkualiti tinggi dan berwarna cerah dengan pekali penyerapan haba yang rendah, membolehkannya memantulkan sinaran suria dan bukannya menyimpan haba, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Kesan ini dipertingkatkan lagi melalui reka bentuk struktur yang menggunakan kepingan marmar tebal yang dipasang di atas lapisan penebat khas dan ruang telus udara, yang mempercepat proses pelepasan haba.

Apabila digabungkan dengan susun atur kawasan terbuka yang luas serta aliran udara berterusan hasil daripada pergerakan jemaah, penyelesaian kejuruteraan ini membantu mengekalkan suhu permukaan yang sederhana. 

Hal ini sekali gus menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa untuk para jemaah semasa waktu puncak.

-- BERNAMA-SPA

 

 

Must Watch Video