TOKYO: Lapangan terbang Haneda di Tokyo mengalami masalah sistem kawalan trafik udara pada pagi Selasa, menyebabkan kelewatan dan pembatalan penerbangan, lapor Kyodo News, memetik kementerian pengangkutan.
Isu yang berlaku sekitar 7.15 pagi itu menghalang rancangan jadual penerbangan Haneda disalurkan ke lapangan terbang lain di negara ini, kata Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan.
Walaupun sistem dipulihkan kira-kira 15 minit kemudian, masalah itu mengganggu jadual banyak penerbangan di Haneda dan lapangan terbang lain.
Nippon Airways telah membatalkan 30 penerbangan domestik terutamanya penerbangan ke dan dari Haneda manakala Japan Airlines (membatalkan) 53 penerbangan setakat 10 pagi.
Pembatalan menjejaskan kira-kira 14,000 orang, menurut syarikat penerbangan.
-- BERNAMA-KYODO