KAHERAH: Majlis Liga Arab pada Ahad memulakan sesi luar biasa atas permintaan Somalia dan dengan sokongan negara-negara anggota Liga Arab di ibu pejabat Sekretariat Agung Liga itu di sini, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Sesi yang diadakan di peringkat wakil tetap dan dipengerusikan oleh Emiriah Arab Bersatu itu diadakan bagi membincangkan perkembangan berkaitan pengumuman pihak berkuasa pendudukan Israel mengenai pengiktirafan bersama dengan wilayah Somaliland.
Delegasi Kerajaan Arab Saudi ke mesyuarat itu diketuai oleh Wakil Tetapnya ke Liga Arab, Abdulaziz bin Abdullah Al-Matar.
Mesyuarat berkenaan membincangkan langkah-langkah bagi memperkukuh pendirian bersama negara-negara Arab dalam menangani langkah berkenaan, mengesahkan solidariti penuh terhadap Somalia serta menyokong institusi sah negara itu dalam usaha menyumbang kepada pemeliharaan keselamatan dan kestabilan rantau berkenaan.
Mesyuarat itu turut menegaskan semula penolakan mutlak Liga Arab terhadap sebarang langkah atau keputusan unilateral yang boleh menjejaskan kedaulatan dan keutuhan wilayah Somalia, selain menekankan komitmen terhadap prinsip undang-undang antarabangsa serta resolusi berkaitan Liga Arab dan Kesatuan Afrika.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini