MOSCOW: Sebuah mahkamah di Moscow telah mengenakan denda sebanyak 3 juta rubel (kira-kira AS$38,141) ke atas Apple kerana enggan memadam kandungan terlarang, menurut wakil mahkamah kepada RIA Novosti pada Rabu.
"Melalui keputusan Mahkamah Daerah Tagansky Moscow, Apple Distribution International Ltd didapati bersalah melakukan kesalahan pentadbiran di bawah Kod Kesalahan Pentadbiran Rusia. Syarikat itu dijatuhkan hukuman denda pentadbiran sebanyak 3 juta rubel," kata wakil berkenaan.
-- BERNAMA