Skip to main content

Dunia

Mahkamah batal dasar media era Trump, akses wartawan ke Pentagon diperketat

U.S. Secretary of Defense Pete Hegseth holds a briefing with Chairman of the Joint Chiefs of Staff General Dan Caine, amid the U.S.-Israeli war on Iran, at the Pentagon in Washington, D.C., U.S., March 19, 2026. REUTERS/Evan Vucci
Parnell (foto) memaklumkan bahawa koridor koresponden akan ditutup, manakala pejabat akhbar akan dipindahkan ke sebuah bangunan tambahan yang tidak didedahkan lokasinya. -Gambar fail/Reuters

WASHINGTON: Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (Pentagon) mengumumkan penutupan pejabat media di bangunan utamanya selepas mahkamah daerah membatalkan sistem pentauliahan baharu yang diperkenalkan oleh pentadbiran Trump bagi pelaporan berita, lapor Al Jazeera.

Keputusan itu dibuat susulan tindakan mahkamah yang menolak peraturan yang menetapkan wartawan perlu menandatangani dokumen perjanjian untuk tidak menerbitkan maklumat terperingkat atau meminta maklumat yang tidak dibenarkan oleh Pentagon bagi mendapatkan pas media.

Peraturan tersebut sebelum ini dicabar melalui saman oleh The New York Times yang menyifatkan ia sebagai pencabulan terhadap kebebasan bersuara.

Ketua Jurucakap Pentagon, Sean Parnell, memaklumkan bahawa koridor koresponden akan ditutup, manakala pejabat akhbar akan dipindahkan ke sebuah bangunan tambahan yang tidak didedahkan lokasinya.

Meskipun pejabat fizikal di dalam Pentagon ditutup, pengamal media masih dibenarkan menghadiri sidang akhbar dan memasuki bangunan tersebut untuk sesi temu bual.

Walau bagaimanapun, semua petugas media kini diwajibkan untuk diiringi oleh pegawai rasmi sepanjang berada di dalam premis berkenaan bagi tujuan keselamatan dan pemantauan.

Must Watch Video