NEW YORK: Presiden Venezuela, Nicolas Maduro dilihat dibawa turun dari pesawat selepas tiba di Pangkalan Udara Pengawal Kebangsaan Stewart, New York, menurut pegawai persekutuan dan rakaman daripada media tempatan.
Rakaman menunjukkan Maduro yang memakai pakaian berwarna kelabu dan bergari, dikawal lebih sekumpulan ejen persekutuan berpakaian hitam.
Beliau dijangka diterbangkan dengan helikopter ke Manhattan sebelum dibawa ke Metropolitan Detention Center, pusat tahanan yang pernah menempatkan individu terkenal dalam kes persekutuan seperti Sean “Diddy” Combs dan Sam Bankman-Fried.
Maduro dijadualkan berdepan pertuduhan berkaitan dadah dan senjata di Mahkamah Persekutuan Manhattan minggu depan. - Agensi