ATHENS: Lima cedera pada petang Isnin selepas sebuah kapal yang dikendalikan Agensi Pengawal Sempadan dan Pantai Eropah (Frontex) meletup berhampiran pulau Kastellorizo di Greece di tenggara Laut Aegean, lapor Xinhua yang memetik penyiar kebangsaan Greece ERT.
Lima orang berada di atas kapal itu yang terdiri daripada empat warga Estonia dan seorang warga Greece.
Kesemuanya cedera dalam kejadian tersebut termasuk Duta Estonia ke Greece.
Seorang daripada mereka mengalami kecederaan parah pada kepala dan dipindahkan ke hospital di Athens untuk rawatan.
Menurut maklumat awal, bot itu terbalik sebelum letupan berlaku.
Pihak berkuasa telah melancarkan siasatan bagi mengesan punca kejadian. Laporan awal menunjukkan bot itu tidak terlibat dalam misi operasi pada masa kejadian.
-- BERNAMA-XINHUA