Skip to main content

Dunia

Lima maut dalam kebakaran di selatan India

61745141658_TBkebakaran.jpg
Lima individu yang terperangkap dalam sebuah kedai yang terbakar di negeri Telangana, selatan India, disahkan meninggal dunia pada Ahad. - Gambar fail/pixabay
NEW DELHI: Lima individu yang terperangkap dalam sebuah kedai yang terbakar di negeri Telangana, selatan India, disahkan meninggal dunia pada Ahad, lapor Xinhua.

Kebakaran itu berlaku di kawasan Nampally di Hyderabad, ibu negeri Telangana, pada Sabtu.

Seorang pegawai kanan polis memaklumkan pihak media bahawa kesemua mayat telah ditemukan, termasuk dua kanak-kanak.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba negeri itu, Vikram Singh Mann berkata pemilik kedai berkenaan akan didakwa atas kecuaian jenayah.

--BERNAMA-XINHUA





TAG: India, Telangana, kebakaran, 5 maut


Must Watch Video