Skip to main content

Dunia

Letupan terus gegar Tehran dalam serangan AS-Israel

Smoke rises following a strike, amid the U.S.-Israeli conflict with Iran, in Tehran, Iran, March 16, 2026. Majid Asgaripour/WANA (West Asia News Agency) via REUTERS ATTENTION EDITORS - THIS PICTURE WAS PROVIDED BY A THIRD PARTY
Ketegangan serantau kian meruncing sejak Israel dan AS melancarkan serangan terhadap Iran pada 28 Feb. - Gambar fail/ Reuters

ISTANBUL: Siri letupan kedengaran di ibu negara Iran ketika serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel berterusan, lapor Anadolu Ajansi, memetik media Iran pada Ahad.

Menurut Agensi Berita Fars, letupan dilaporkan berlaku di pelbagai bahagian di Tehran.

Beberapa bandar, termasuk Isfahan, Tabriz dan Qom, turut menjadi sasaran serangan semalaman, menurut Nournews yang berpangkalan di Iran.

Ketegangan serantau kian meruncing sejak Israel dan AS melancarkan serangan terhadap Iran pada 28 Feb.

Iran membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu menyasarkan Israel serta Jordan, Iraq dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS.

Konflik menyebabkan korban dan kerosakan pada infrastruktur selain menjejaskan pasaran global dan penerbangan.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video