Skip to main content

Dunia

Letupan tangki propana cetus kebakaran berhampiran lapangan terbang Phoenix

41689939756_KebakaranPhoenix.jpg
MOSCOW: Kebakaran besar berlaku berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Phoenix Sky Harbour di Negeri Arizon Amerika Syarikat (AS), berpunca daripada letupan tangki propana, lapor Sputnik memetik jabatan bomba Phienix.

Menurut kenyataan jabatan bomba yang dikeluarkan pada petang Khamis, lebih 100 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian dan jalan di situ kini ditutup.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Lapangan Terbang Phoenix Sky Harbour berkata kebakaran itu tidak menjejaskan operasinya, dengan terminal dan landasan masih dibuka.

Pihak berkuasa lapangan terbang menasihatkan pelancong supaya menyemak status penerbangan masing-masing.

-- BERNAMA

Must Watch Video