Skip to main content

Dunia

Lazzarini gesa siasatan bebas pembunuhan lebih 390 kakitangan UNRWA di Gaza

81714520522_PhilippeLazzarini.jpg
Lazzarini (foto) membuat gesaan itu pada hari terakhir beliau memegang jawatan, ketika bercakap kepada wartawan di Geneva. -Gambar fail

GENEVA: Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini menggesa siasatan bebas peringkat tinggi dijalankan berhubung pembunuhan lebih 390 kakitangannya di Gaza.

Beliau menekankan keperluan menubuhkan panel pakar bebas bagi menyiasat insiden yang mencatat jumlah korban tertinggi membabitkan kakitangan PBB dalam satu konflik tunggal, yang berlaku sepanjang serangan Israel di wilayah yang dikepung itu.

Lazzarini membuat gesaan itu pada hari terakhir beliau memegang jawatan, ketika bercakap kepada wartawan di Geneva.

UNRWA kini menjadi penyedia perkhidmatan terbesar di Gaza, berperanan sebagai sektor awam utama yang menyalurkan bantuan kemanusiaan, pendidikan dan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk, meskipun berdepan risiko keselamatan yang berterusan.

Kematian kakitangan UNRWA itu menimbulkan kebimbangan besar dalam komuniti antarabangsa, yang terus menyeru perlindungan lebih baik terhadap petugas kemanusiaan di zon konflik.

Must Watch Video