Skip to main content

Dunia

Latvia dilanda salji tebal, paras tertinggi dalam 12 tahun

81769126682_snow.jpg
Beberapa stesen cuaca malah mencatatkan penurunan apabila angin kencang meniup salji ke kawasan lain. - Gambar fail

RIGA: Ribut salji berlarutan pada Jumaat menyebabkan Latvia diliputi salji paling tebal sejak musim bunga 2013, menurut perkhidmatan meteorologi negara Baltik itu pada Sabtu, lapor Xinhua.

Litupan salji paling tebal, berukuran 62 sentimeter (cm), direkodkan di stesen cuaca Pusat Persekitaran, Geologi dan Meteorologi Latvia di Dagda, tenggara Latvia.

Pada April 2013, salji setinggi 70cm direkodkan di bandar timur laut Latvia, Aluksne.

Walaupun litupan salji meningkat lebih 10cm di banyak kawasan negara itu pada hujung minggu ini, ia tidak meningkat di beberapa wilayah barat dan utara.

Beberapa stesen cuaca malah mencatatkan penurunan apabila angin kencang meniup salji ke kawasan lain.

Stesen cuaca pusat meteorologi itu mengukur kedalaman salji menggunakan sensor ultrabunyi di kawasan khas.

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video