Skip to main content

Dunia

Kumpulan bersenjata dakwa Presiden Guinea dalam tahanan, berjaya rampas kuasa

61630851821_AlphaConde.jpg
CONAKRY: Presiden Guinea Alpha Conde dipercayai kini dalam tahanan selepas satu video yang menunjukkan beliau ditahan sepasukan askar bersenjata telah tular.

Video itu mula tular selepas insiden tembakan di sekitar istana presiden di ibu negara Conakry.

Video yang tular itu juga mendakwa kumpulan bersenjata berkenaan sedang melakukan kudeta.

Bagaimanapun, Menteri Pertahanan Guinea mempertahankan bahawa cubaan kudeta berjaya digagalkan.

Menerusi video berkenaan, kumpulan yang merampas kuasa menyatakan Presiden Conde tidak dicederakan tetapi enggan memberi sebarang respons.

Kumpulan berkenaan juga  mendakwa semua sempadan darat dan udara di negara berkenaan sudah ditutup, sementara kerajaan pula dibubar.

Ini merupakan penggal pemerintah ketiga buat Presiden Conde.

Beliau juga mempertahankan kuasa walaupun Guinea berdepan dengan tunjuk perasaan ganas tahun lalu.


Must Watch Video