Skip to main content

Dunia

Korban kondominium runtuh di Florida meningkat kepada 12 orang, 149 masih hilang

81625011292_BuildingCollapse.jpg
MIAMI: ANGKA kematian insiden kondominium runtuh di Florida, Amerika Syarikat (AS) kini meningkat kepada 12 orang.

Menurut pihak berkuasa pada Selasa, 149 penghuni masih hilang ketika operasi mencari dan menyelamat masuk hari keenam.

Bangunan Champlain Tower South di Surfside, Miami runtuh pada Khamis.

Ketika ini kru penyelamat masih menjalankan operasi menyelamat di sebalik puing kondominium 12 tingkat itu dengan harapan menemukan mangsa yang masih hidup.


Must Watch Video