Skip to main content

Dunia

Korban insiden lori tangki meletup di Sierra Leone meningkat 131 orang

61636642406_burntcar.jpg
ABUJA (Nigeria): Angka korban dalam insiden lori tangki yang membawa muatan bahan api meletup di Freetown, Sierra Leone minggu lalu meningkat kepada 131 orang, lapor Agensi Anadolu.

Menurut pihak berkuasa 63 orang cedera dan 19 daripanya dilaporkan kritikal.

Nahas itu mencetuskan kebakaran dan api yang marak menyambar orang ramai dan kenderaan berhampiran.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menghantar 6.6 tan bekalan perubatan kecemasan ke negara itu.

Susulan insiden itu, Presiden Julius Maada Bio mengumumkan tiga hari berkabung bermula Isnin.

-- BERNAMA

Must Watch Video