Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Trump bantah serangan lanjut ke atas tapak tenaga Iran - Laporan

U.S. President Donald Trump returns to the White House from Dover, Delaware, folllowing a dignified transfer ceremony, in Washington, D.C., U.S., March 18, 2026. REUTERS/Evelyn Hockstein
Trump dilaporkan mengetahui lebih awal mengenai serangan Israel itu dan menyokongnya sebagai isyarat kepada Iran berhubung sekatan di Selat Hormuz. - Foto Reuters

ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump membantah serangan tambahan ke atas infrastruktur tenaga Iran susulan serangan Israel ke atas medan gas South Pars, lapor Anadolu Ajansi yang memetik The Wall Street Journal pada Rabu.

Trump mengetahui lebih awal mengenai serangan Israel itu dan menyokongnya sebagai isyarat kepada Iran berhubung sekatan di Selat Hormuz, menurut laporan yang memetik pegawai AS. Beliau kini percaya Tehran “telah menerima mesej” itu dan mahu menghentikan sementara serangan terhadap kemudahan tenaga, kata pegawai itu.

Bagaimanapun, sama ada pendirian itu kekal bergantung kepada tindakan Iran di selat berkenaan pada masa akan datang, kata pegawai itu kepada akhbar berkenaan.

Anadolu Ajansi secara berasingan difahamkan bahawa Amerika Syarikat mempunyai pengetahuan awal mengenai serangan itu tetapi tidak menyertainya.

Serangan udara Israel pada Rabu menyasarkan tangki simpanan gas di medan South Pars di bandar selatan Iran, Asaluyeh, sekali gus menghentikan pengeluaran di dua loji penapisan dengan kapasiti harian gabungan kira-kira 100 juta meter padu, menurut media Iran.

Laporan The Wall Street Journal itu dibuat selepas Trump menafikan sekeras-kerasnya sebarang perselisihan faham dengan Israel berhubung serangan ke atas kemudahan tenaga Iran, sambil menyifatkan laporan berkenaan sebagai “pembohongan sepenuhnya”.

Beliau sebelum ini turut memberitahu PBS bahawa beliau sengaja mengelak daripada menyasarkan saluran paip minyak di Pulau Kharg, dengan mengambil kira tempoh masa yang lama diperlukan untuk membina semula infrastruktur berkenaan.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video