Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: AS sanggup teruskan rundingan, terbuka terima bantuan China tamatkan perang - Menteri Luar Iran

Iranian Foreign Minister Abbas Araghchi arrives for a meeting during the two-day BRICS summit in New Delhi, India, Thursday, May 14, 2026. (AP Photo/Manish Swarup)
Araghchi berkata, walaupun pihaknya menerima mesej daripada Washington yang menyatakan kesediaan untuk meneruskan rundingan, isu kepercayaan kekal menjadi halangan utama. - Gambar AP

NEW DELHI: Iran menegaskan ia masih tidak mempercayai Amerika Syarikat (AS) dan hanya bersedia meneruskan rundingan sekiranya Washington benar-benar serius mencapai perjanjian untuk menamatkan konflik.

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi berkata, walaupun pihaknya menerima mesej daripada Washington yang menyatakan kesediaan untuk meneruskan rundingan, isu kepercayaan kekal menjadi halangan utama.

“Kami sekali lagi menerima mesej daripada pihak Amerika bahawa mereka bersedia untuk meneruskan rundingan dan interaksi,” katanya kepada media di ibu negara India itu.

Beliau bagaimanapun menegaskan, Tehran hanya akan kembali ke meja rundingan jika AS menunjukkan komitmen yang jelas terhadap penyelesaian konflik secara menyeluruh. 

Kenyataan itu dibuat sehari selepas Presiden AS, Donald Trump memaklumkan bahawa Presiden China, Xi Jinping menawarkan bantuan Beijing untuk membuka semula Selat Hormuz.

Selain itu, Jinping turut memberi jaminan tidak akan membekalkan peralatan ketenteraan kepada Iran dalam perang melibatkan AS dan Israel.

Mengulas perkara itu, Araghchi berkata, Iran terbuka menerima bantuan mana-mana pihak dalam usaha diplomatik, khususnya China yang disifatkan sebagai rakan strategik.

“Kami menghargai mana-mana negara yang mampu membantu, terutama China. Kami mempunyai hubungan yang sangat baik dan merupakan rakan strategik, selain yakin terhadap niat baik Beijing,” katanya selepas menghadiri mesyuarat blok BRICS di sini.

Beliau menambah, sebarang usaha China dalam menyokong diplomasi akan dialu-alukan oleh Republik Islam Iran itu.

 

Must Watch Video