Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Penasihat Pemimpin Tertinggi Iran, Kamal Kharazi cedera dalam serangan di Tehran

Sumber: X/Ali Hashem
Kamal Kharazi yang juga penasihat kanan kepada Pemimpin Tertinggi Iran, dilaporkan cedera dalam serangan oleh AS-Israel di Tehran. - Gambar fail

TEHRAN: Kamal Kharazi, penasihat kanan kepada Pemimpin Tertinggi Iran, dilaporkan cedera dalam serangan oleh AS-Israel di Tehran, menurut agensi berita separa rasmi Iran, Mehr News Agency. 

Laporan itu mendakwa, rumah kediaman beliau di Tehran telah dibom, namun sehingga kini tiada pengesahan berhubung dakwaan tersebut dan tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pegawai Amerika Syarikat atau Israel.

Pada awal Mac, wartawan CNN, Frederik Pleitgen telah menemubual Kharazi di Tehran dalam satu wawancara eksklusif yang dijalankan dengan kebenaran kerajaan Iran.

Dalam wawancara itu, Kharazi menyatakan, Iran mampu meneruskan konflik untuk tempoh yang panjang dan beliau tidak melihat ruang untuk diplomasi ketika ini.

Agensi Mehr tidak memberikan butiran lanjut mengenai tahap kecederaan Kharazi.

Sementara itu, pada Selasa, Iran mengeluarkan ancaman bahawa negara itu akan menyerang syarikat teknologi Amerika sekiranya lebih ramai pemimpin Iran terbunuh dalam serangan-serangan seterusnya, menurut laporan agensi berita separa rasmi Fars News. - Agensi

Must Watch Video