Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: AS luluskan jualan 12,000 bom kepada Israel

The flare of a projectile is seen over the skyline of Dubai, United Arab Emirates, Saturday, Feb. 28, 2026. (AP Photo/Fatima Shbair)
Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) telah meluluskan Penjualan Ketenteraan Asing kepada Israel bagi meriam dan perkhidmatan sokongan yang berkaitan, termasuk 12,000 bom udara. - Gambar fail

WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) telah meluluskan Penjualan Ketenteraan Asing kepada Israel bagi meriam dan perkhidmatan sokongan yang berkaitan, termasuk 12,000 bom udara, lapor Xinhua.

Perjanjian itu bernilai kira-kira USD151.8 juta, menurut jabatan itu dalam kenyataan.

“Setiausaha Negara (Marco Rubio) telah menetapkan dan mengemukakan justifikasi terperinci bahawa wujudnya keadaan kecemasan yang memerlukan penjualan segera artikel pertahanan dan perkhidmatan pertahanan kepada Kerajaan Israel adalah demi kepentingan keselamatan nasional Amerika Syarikat, sekali gus mengetepikan keperluan semakan semula Kongres di bawah Seksyen 36(b) Akta Kawalan Eksport Senjata," katanya.

“Cadangan penjualan itu akan meningkatkan keupayaan Israel untuk menghadapi ancaman semasa dan akan datang, mengukuhkan pertahanan tanah airnya, dan berfungsi sebagai penghalang kepada ancaman serantau," tambahnya.

Pakej itu juga termasuk kejuruteraan kerajaan dan kontraktor AS, logistik, perkhidmatan sokongan teknikal dan elemen berkaitan logistik dan sokongan program lain, menurut kenyataan itu.

AS dan Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas Iran bermula pada 28 Feb, membunuh Pemimpin Tertinggi Iran Ali Khamenei, beberapa komander kanan tentera dan ratusan orang awam. Iran telah bertindak balas dengan pelbagai gelombang serangan peluru berpandu dan dron yang menyasarkan aset Israel dan AS di seluruh rantau ini.

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video