Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Khamenei terlibat dalam rundingan tamatkan perang - Trump

U.S. President Donald Trump delivers remarks in the Memorial Amphitheater during a Memorial Day event at Arlington National Cemetery, Arlington, Virginia, U.S., May 25, 2026. REUTERS/Nathan Howard
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Rabu, Pemimpin Tertinggi Iran Mojtaba Khamenei terlibat dengan rundingan perjanjian untuk menamatkan perang, dan kedua-dua mereka saling memahami (getting along) dengan agak baik." - Gambar fail/REUTERS

ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Rabu, Pemimpin Tertinggi Iran Mojtaba Khamenei terlibat dengan rundingan perjanjian untuk menamatkan perang, dan kedua-dua mereka saling memahami (getting along) dengan agak baik," lapor Anadolu Ajansi (AA).

"Beliau terlibat, tentunya. Ya, saya rasa mereka sangat menghormatinya," kata Trump mengenai Khamenei, sambil menambah beliau berhasrat bertemu dengan pemimpin itu "suatu masa nanti."

"Kami mungkin akan bertemu pada satu ketika, bergantung pada bagaimana hasilnya," katanya dalam temu bual dengan Pod Force One.

Presiden AS itu berkata Iran telah bersetuju untuk tidak mempunyai senjata nuklear, mengatakan "itu adalah perkara yang besar."

“Kita tidak boleh membiarkan mereka memiliki senjata nuklear…mereka sudah bersetuju mereka tidak akan memiliki senjata nuklear, dan mereka boleh mengubah fikiran mereka, tetapi itu adalah antara perkara yang mereka perlu bersetuju untuk bersetuju, dan itu ialah perkara yang besar,” katanya.

Menurut AS dan Israel, program nuklear Iran dan "menghapuskan ancaman yang akan berlaku daripada rejim Iran" adalah sebab utama perang pada 28 Feb dilancarkan.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video

Advertisement