Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: AS kenakan sekatan ke atas 10 pihak bantu Iran

US Treasury Secretary Scott Bessent addresses journalists during a news conference at the OECD Headquarters, Monday, March 16, 2026, in Paris, France. (AP Photo/Emma Da Silva)
Amerika akan terus bertindak untuk menjaga Keselamatan dan menyasarkan individu serta syarikat asing yang menyediakan senjata kepada tentera Iran untuk digunakan menentang pasukan AS, kata Scott Bessent. - Gambar fail AP

WASHINGTON: Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengumumkan sekatan terhadap 10 individu dan syarikat, termasuk beberapa yang berpangkalan di China dan Hong Kong, kerana didakwa membolehkan tentera Iran mendapatkan senjata dan bahan yang digunakan dalam dron dan peluru berpandu balistik siri Shahed, lapor Anadolu Ajansi.

Langkah itu menyasarkan rangkaian yang didakwa membantu Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) dan badan gabungannya memperoleh komponen senjata dan bahan mentah gred aeroangkasa.

Menurut jabatan itu, ia bersedia untuk mengambil tindakan ekonomi terhadap pangkalan industri pertahanan Iran supaya Iran tidak dapat menyusun semula kapasiti pengeluaran dan kuasa projek di luar sempadannya.

"Di bawah kepimpinan tegas Presiden (Donald) Trump, kami akan terus bertindak untuk Menjaga Keselamatan Amerika dan menyasarkan individu serta syarikat asing yang menyediakan senjata kepada tentera Iran untuk digunakan menentang pasukan AS," kata Setiausaha Perbendaharaan, Scott Bessent dalam kenyataan.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video