Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: AS-Israel sasar dua jeti di Selat Hormuz

Sumber: BERNAMA
Pesawat perang milik AS dan Israel menyasarkan Jeti Perikanan Doha di Pulau Qeshm serta jeti perikanan dan komersial di Bandar-e Charak. - Gambar Bernama

ISTANBUL: Tentera Amerika Syarikat (AS) dan Israel menyasarkan dua jeti di Selat Hormuz, lapor Anadolu Ajansi yang memetik agensi berita Tasnim pada Rabu.

“Pesawat perang milik AS dan Israel menyasarkan Jeti Perikanan Doha di Pulau Qeshm serta jeti perikanan dan komersial di Bandar-e Charak,” kata Timbalan Gabenor Wilayah Hormozgan, Ahmad Nafisi.

Menurut penilaian awal, dua orang cedera di Pulau Qeshm manakala tiga lagi di Bandar-e Charak.

Pasukan mencari dan menyelamat yang dihantar ke lokasi kejadian masih meneruskan operasi.

Pada 31 Mac, Jeti Bahman di Pulau Qeshm turut diserang, manakala sebuah kemudahan penyahgaraman air masin di pulau itu juga menjadi sasaran ketika awal peperangan, kata beliau.

Nafisi turut memaklumkan, satu serangan telah dilancarkan ke atas Pelabuhan Shahid Haghani di bandar Bandar Abbas, menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video