Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Iran tidak mahu perang, sedia berdialog – Masoud Pezeshkian

Iranian President Masoud Pezeshkian delivers a speech at the celebrations to mark the 47th anniversary of the 1979 Islamic Revolution in Tehran, Iran, Feb. 11, 2026. (Xinhua/Shadati)
Masoud Pezeshkian (foto) berkata Iran sentiasa bersedia untuk berunding, dengan syarat ia berasaskan sikap saling menghormati dan bukan tekanan luar. -Gambar fail

TEHRAN: Presiden Iran, Masoud Pezeshkian menegaskan bahawa Tehran tidak berminat untuk berperang, sebaliknya memilih jalan dialog, namun memberi amaran bahawa sebarang usaha Amerika Syarikat untuk memaksa negaranya menyerah kalah tidak akan membuahkan hasil.

Memetik laporan agensi berita IRNA, Masoud Pezeshkian berkata Iran sentiasa bersedia untuk berunding, dengan syarat ia berasaskan sikap saling menghormati dan bukan tekanan luar.

“Apa justifikasi menyasarkan orang awam, golongan elit dan kanak-kanak, serta memusnahkan pusat penting termasuk sekolah dan hospital, dalam kerangka undang-undang antarabangsa dan prinsip kemanusiaan?” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Kenyataan itu dibuat ketika ketegangan di Asia Barat terus memuncak, apabila beliau mempersoalkan serangan yang menjejaskan infrastruktur awam dan mengorbankan penduduk yang tidak bersalah.

Beliau menegaskan bahawa sebarang usaha pihak asing untuk mengenakan kehendak mereka terhadap Iran melalui kekerasan tidak akan mencapai matlamat.

Pada masa sama, Masoud Pezeshkian menggesa masyarakat antarabangsa supaya berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan kemanusiaan dalam menangani konflik yang sedang berlaku di rantau berkenaan.

Must Watch Video