Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: AS arah kakitangan kerajaan bukan kecemasan, keluarga tinggalkan Oman

 serangan ketenteraan di Oman
AS menggesa rakyat Amerika supaya mempertimbangkan semula perjalanan ke kawasan sempadan Oman-Yaman susulan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat. - Gambar fail

ISTANBUL: Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengarahkan kakitangan kerajaan AS yang tidak terlibat dalam tugas kecemasan serta ahli keluarga mereka supaya meninggalkan Oman “atas risiko keselamatan”, lapor Anadolu Ajansi.

Biro Hal Ehwal Konsular Jabatan Negara AS menggesa rakyat Amerika supaya mempertimbangkan semula perjalanan ke kawasan sempadan Oman-Yaman susulan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.

“Sejak tercetusnya permusuhan antara Amerika Syarikat dan Iran pada 28 Februari, terdapat ancaman berterusan serangan dron dan peluru berpandu dari Iran serta gangguan besar terhadap penerbangan komersial,” menurut jabatan itu dalam satu kenyataan.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video