ISTANBUL: Menteri Pertahanan Turkiye Yasar Guler mengadakan perbualan telefon pada Selasa dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Negara bagi Hal Ehwal Pertahanan Qatar Sheikh Saoud bin Abdulrahman Al Thani, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik kenyataan rasmi.
“Semasa panggilan itu, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai isu pertahanan dan keselamatan bilateral serta serantau semasa perbualan itu,” menurut Kementerian Pertahanan Turkiye dalam satu kenyataan.
Perbualan telefon itu dibuat di tengah-tengah ketegangan serantau susulan serangan bersama Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran.
Serangan bersama pada 28 Feb lepas setakat ini mengorbankan kira-kira 1,300 orang, termasuk Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei.
Iran melancarkan serangan balas menggunakan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq serta beberapa negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS.
-- BERNAMA-ANADOLU