Skip to main content

Dunia

Kereta api bertembung trak bomba, 15 cedera

61735439886_firetruck.jpg
FLORIDA: Satu kemalangan melibatkan kereta api Brightline dengan sebuah trak bomba dilaporkan berlaku di Delray Beach, Florida, Amerika Syarikat pada Sabtu.

Dalam kejadian itu, pihak berkuasa tempatan memaklumkan tiga anggota bomba termasuk 12 penumpang kereta api cedera.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan tiada kematian dilaporkan.

Difahamkan, dua daripada anggota bomba Delray Beach itu pada awalnya dilaporkan dalam keadaan kritikal manakala seorang lagi cedera dan kesemuanya kini berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, 12 penumpang kereta api yang cedera ringan kini dirawat di hospital.




Must Watch Video