Skip to main content

Dunia

Keganasan senjata api: Pekerja transit tembak mati lapan rakan sekerja

61622062772_SantaClaraValley.jpg
SAN JOSE: Keganasan berkaitan senjata api kembali menghantui Amerika Syarikat.

Kejadian terbaharu menyaksikan seorang pekerja transit tembak mati lapan rakan sekerjanya di perkarangan stesen kereta api di San Jose, California.

Suspek dipercayai membunuh diri selepas menembak kesemua mangsa.

Media tempatan melaporkan suspek dikenali sebagai Samuel Cassidy berusia 57 tahun, seorang pekerja penyelenggaraan.

Motif suspek masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Pihak berkuasa mengesahkan pasukan bom turut menemui sekurang-kurangnya satu alat letupan.

Cassidy berkhidmat di stesen itu sejak 2012.

Kejadian keganasan melibatkan senjata api itu adalah yang kelapan terbesar dalam masa tiga bulan terakhir di Amerika Syarikat.



Must Watch Video