Skip to main content

Dunia

Kebanyakan pergerakan bantuan ke Gaza melalui lintasan sempadan ditolak

Palestinians cross through the Kerem Shalom crossing from Gaza into Israel on their way out of the Gaza Strip February 2, 2026. REUTERS/Amir Cohen
Bekalan yang dibawa ke lintasan sempadan itu tidak dibenarkan memasuki Gaza walaupun telah dipunggah. - Gambar fail/Reuters

WASHINGTON: Hampir semua pergerakan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui lintasan sempadan Kerem Shalom yang dikawal Israel telah ditolak sejak dua hari lepas, sekali gus mengehadkan penghantaran bekalan kritikal ke wilayah itu secara drastik, lapor Anadolu Ajansi.

Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Stephane Dujarric berkata Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) memaklumkan bahawa pada hari ini dan semalam, hampir semua pergerakan bantuan kemanusiaan ke lintasan Kerem Shalom telah ditolak.

“Akibatnya, kami hanya dapat mengambil bahan api, tetapi tiada bekalan lain,” kata Dujarric.

Beliau menambah bahawa bekalan yang dibawa ke lintasan sempadan itu tidak dibenarkan memasuki Gaza walaupun telah dipunggah.

Dujarric berkata Kerem Shalom kekal sebagai satu-satunya lintasan yang masih beroperasi untuk memasuki Gaza, manakala lintasan Rafah dan Zikim kekal ditutup sejak bermulanya serangan bersama Amerika Syarikat (AS)-Israel ke atas Iran pada 28 Feb lepas yang mencetuskan peningkatan ketegangan lebih luas.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video