Skip to main content

Dunia

Kebakaran hutan Korea Selatan, jumlah penduduk maut meningkat 24 orang

51743006145_SouthKoreaWildfire.jpg
SEOUL: Anggota sukarelawan Korea Selatan bertungkus-lumus memadam api kebakaran hutan di Andong pada Rabu malam.

Di pusat pemindahan sementara Yeongyang, sejumlah mangsa telah menerima bantuan sambil menunggu maklumat terkini dari pihak berkuasa. 

Dalam pada itu, jumlah kematian akibat kebakaran hutan di wilayah tenggara Korea Selatan meningkat kepada 24 orang.

Dalam usaha memadam api kebakaran, seorang juruterbang helikopter pemadam kebakaran terbunuh apabila pesawatnya terhempas pada Rabu, ketika negara itu berdepan antara kebakaran hutan paling buruk dalam beberapa dekad. 

Api marak yang merebak dengan pantas memaksa lebih 27,000 orang meninggalkan kediaman masing-masing.

Kebakaran itu, yang didorong oleh angin kencang dan cuaca kering telah memusnahkan seluruh kejiranan, memaksa sekolah ditutup termasuk pihak berkuasa memindahkan ratusan banduan dari penjara. 




Must Watch Video