Skip to main content

Dunia

Kebakaran di pusat beli-belah Yaman ragut satu nyawa, 13 cedera

One Dead, 22 Injured in Massive Fire at Shopping Mall in Yemen’s Marib. Source: X/YemenOnline
Semua mangsa, termasuk kematian, dilaporkan mengalami sesak nafas akibat asap tebal. - Foto X/@YemenOnlineinfo

MARIB: Sekurang-kurangnya seorang maut dan 13 cedera dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah pusat beli-belah di bandar Marib pada awal pagi Ahad, lapor agensi berita kerajaan, Saba.

Menurut laporan, kebakaran itu tercetus selepas tengah malam Sabtu sebelum merebak dan memusnahkan keseluruhan pusat beli-belah serta merosakkan beberapa kedai berhampiran.

Semua mangsa, termasuk kematian, dilaporkan mengalami sesak nafas akibat asap tebal.

Punca kebakaran masih dalam siasatan oleh pihak berkuasa tempatan.

 

Must Watch Video