Skip to main content

Dunia

Kapal Thailand berjaya melepasi Selat Hormuz

Selat Hormuz_REUTERS
Sebuah kapal kargo Thailand yang dikendalikan oleh Siam Cement Group (SCG) berjaya melepasi Selat Hormuz selepas usaha diplomatik melibatkan Oman dan Iran, menurut kemas kini Kementerian Luar Thailand pada Ahad. - Gambar fail/REUTERS

BANGKOK: Sebuah kapal kargo Thailand yang dikendalikan oleh Siam Cement Group (SCG) berjaya melepasi Selat Hormuz selepas usaha diplomatik melibatkan Oman dan Iran, menurut kemas kini Kementerian Luar Thailand pada Ahad.

Menurut kementerian itu, satu daripada dua kapal milik SCG yang sebelum ini Kementerian Luar memohon bantuan Iran bagi mendapatkan laluan selamat - berjaya melepasi selat itu.

Menteri Luar Thailand Sihasak Phuangketkeow mengadakan lawatan rasmi ke Oman dari 15 hingga 17 April bagi mengukuhkan hubungan dua hala, yang turut merangkumi usaha mendapatkan bantuan bagi kapal Thailand yang terkandas di Selat Hormuz.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video