Skip to main content

Dunia

Jepun catat Oktober terpanas dalam sejarah

71722750404_tbstrongsunlightT.jpg
TOKYO: Jepun mencatatkan suhu Oktober paling panas dalam sejarah sejak rekod suhu bermula pada 1898, lapor Xinhua.

Purata suhu bulanan di seluruh Jepun melebihi suhu biasa pada Oktober sebanyak 2.21 darjah Celsius, menurut data yang dikeluarkan oleh Agensi Meteorologi Jepun (JMA) pada Jumaat.

Suhu di utara Jepun meningkat sebanyak 1.9 darjah, manakala bahagian timur dan barat mencatat peningkatan suhu sebanyak 2.6 darjah.

Bandar seperti Kyoto, Nagano, dan pusat bandar Tokyo mengalami lonjakan suhu yang ketara, dengan purata suhu Oktober meningkat sebanyak 3.2 darjah, 3.1 darjah dan 2.6 darjah.

JMA menjangkakan suhu November akan kekal di atas purata.

Pola suhu tinggi ini berterusan di Jepun sejak Julai, menimbulkan kebimbangan terhadap kekerapan cuaca panas yang tidak mengikut musim.

--BERNAMA-XINHUA



Must Watch Video