Skip to main content

Dunia

Israel sokong AS gantung serangan ke atas Iran, tegaskan gencatan senjata tidak libat Lubnan

U.S. President Donald Trump points his finger towards Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu as they shake hands during a press conference after meeting at Trump’s Mar-a-Lago club in Palm Beach, Florida, U.S., December 29, 2025. REUTERS/Jonathan Ernst/File Photo
Israel menyokong keputusan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk menggantung serangan terhadap Iran selama dua minggu. - Gambar fail/ Reuters

BEIRUT: Israel menyokong keputusan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk menggantung serangan terhadap Iran selama dua minggu, namun menegaskan bahawa gencatan senjata itu tidak merangkumi Lubnan, menurut Pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu pada Rabu.

Pejabat itu berkata Israel menyokong langkah Amerika Syarikat berkenaan dengan syarat Tehran segera membuka Selat Hormuz.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan selepas Washington mengumumkan penggantungan serangan terhadap Iran selama dua minggu sebagai sebahagian usaha meredakan ketegangan dan membuka ruang kepada rundingan.

Israel turut menyatakan sokongan terhadap usaha Amerika Syarikat untuk memastikan Iran tidak lagi menimbulkan ancaman nuklear, peluru berpandu atau “keganasan” terhadap Amerika Syarikat, Israel dan jiran Arab Iran.

Dalam pada itu, Israel memaklumkan bahawa Washington telah menyampaikan komitmennya kepada Tel Aviv untuk mencapai matlamat bersama dalam rundingan yang akan datang.

Sementara itu, Iran pada Rabu berkata rundingan dengan Amerika Syarikat akan bermula pada Jumaat ini dan dijadualkan berlangsung di Islamabad.

Must Watch Video