Skip to main content

Dunia

IRGC Iran sifatkan serangan dron dekat kediaman Masoud Barzani sebagai tindakan keganasan

Top Kurdish leader, KDP President  @masoud_barzani  "call on the Iraqi Federal Government and the Kurdistan Regional Government to meet together to address thorny issues and disputes and to reach an agreement, as well as to put an end to those opportunists who seek to inflame and deepen conflicts and crises."_X @vvanwilgenburg
Laporan media menyatakan sistem pertahanan udara telah menembak jatuh sebuah dron berhampiran kediaman Barzani di Erbil pada Sabtu. - Foto X/@vvanwilgenburg

TEHRAN: Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengecam serangan dron berhampiran kediaman pemimpin utama parti pemerintah Kurdistan Iraq, Masoud Barzani, dengan menyifatkannya sebagai satu “tindakan keganasan yang jelas”.

Saluran berita berbahasa Inggeris Iran, Press TV, memetik kenyataan IRGC yang mendakwa insiden tersebut selari dengan corak “pembunuhan pengecut” terhadap pegawai kanan Iran, yang dikaitkan dengan tindakan Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Menurut IRGC, usaha “berniat jahat” oleh AS dan Israel bertujuan menggugat keamanan, kestabilan serta kerjasama serantau antara Wilayah Kurdistan dan negara-negara jirannya.

Laporan media menyatakan sistem pertahanan udara telah menembak jatuh sebuah dron berhampiran kediaman Barzani di Erbil pada Sabtu.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kecederaan atau kerosakan serius akibat insiden berkenaan.

Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia al-Sudani, telah mengarahkan siasatan dilancarkan bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan tersebut, ketika kebimbangan terhadap keselamatan dan kestabilan wilayah itu terus meningkat.

 

Must Watch Video