Skip to main content

Dunia

Iran tidak berhasrat bangunkan senjata nuklear, sedia capai perjanjian dengan AS

51749639654_TBIRANUS.jpg
TEHRAN: Iran tidak berhasrat membangunkan senjata nuklear, kata Timbalan Menteri Luar negara itu pada Selasa, sambil menegaskan bahawa Tehran berusaha untuk mencapai perjanjian nuklear secara aman dengan Amerika Syarikat (AS), lapor Anadolu Ajansi (AA).

Berucap pada Forum Strategik Abu Dhabi, Saeed Khatibzadeh menekankan bahawa program nuklear Tehran adalah bersifat aman dan berasaskan keupayaan domestik Iran.

"Senjata nuklear bukan sebahagian daripada program Iran," kata Khatibzadeh yang juga mengetuai Pusat Diplomasi Awam Kementerian Luar.

Khatibzadeh berkata mencapai perjanjian dengan AS hanya boleh dilakukan mengikut arahan Pemimpin Tertinggi Ayatollah Ali Khamenei, yang secara konsisten menegaskan kepentingan dialog berasaskan rasa saling menghormati antara kedua-dua pihak.

Beliau menegaskan bahawa Iran tidak akan berkompromi dalam isu berkaitan keselamatan negara.

-- BERNAMA


Must Watch Video