TEHRAN: Seorang jurucakap kanan Angkatan Tentera Iran berkata negaranya menetapkan syarat untuk menamatkan perang yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).
Iran kuat dan berada di pihak yang menang di medan perang dan negara yang menang itulah yang menetapkan syarat untuk menamatkan perang dan musuh Republik Islam Iran akan dipaksa untuk menerimanya, tegas jurucakap kepada Pegawai Turus Angkatan Tentera Brig Jen Abolfazl Shekarchi.
Dalam ucapannya yang ditujukan kepada musuh negara, Brig Jen Shekarchi menegaskan, “Anda (musuh) memahami kekuatan Angkatan Tentera dan kehebatan rakyat Iran.”
-- BERNAMA-MNA