JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia pada Selasa memulakan operasi pengubahsuaian cuaca bagi mengurangkan risiko bencana hidrometeorologi atau cuaca ekstrem di Jakarta susulan banjir di beberapa kawasan ibu negara itu pada Isnin.
Ketua Agensi Pengurusan Bencana Jakarta (BPBD) Isnawa Adji berkata operasi yang dilaksanakan oleh Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) itu akan diteruskan selama lima hari seterusnya, lapor Agensi Berita ANTARA.
"Seterusnya, BPBD Jakarta boleh meneruskan operasi ini, sudah tentu berdasarkan ramalan cuaca daripada Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG)," katanya.
Pada Isnin, sekitar 28 kejiranan dan 44 jalan di seluruh Jakarta - termasuk Jakarta Pusat, Utara, Barat, Selatan dan Timur - dinaiki air selepas hujan berterusan.
Menurut kenyataan BPBD Jakarta, setakat 6 petang Selasa, dua kejiranan di Jakarta Barat dan satu di Jakarta Timur masih terjejas akibat banjir.
-- BERNAMA