Skip to main content

Dunia

India sokong penyertaan negara Asia, Afrika dan Amerika Latin dalam Majlis Keselamatan PBB

Members of the United Nations Security Council vote during at a United Nations Security Council meeting on a Hormuz resolution at U.N. headquarters in New York City, U.S., April 7, 2026. REUTERS/Jeenah Moon
India menyokong pembaharuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk penyertaan negara Asia, Afrika dan Amerika Latin dalam Majlis Keselamatan PBB, kata Menteri Luar India, Subrahmanyam Jaishankar. - Gambar fail Reuters

MOSCOW: India menyokong pembaharuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk penyertaan negara Asia, Afrika dan Amerika Latin dalam Majlis Keselamatan PBB, kata Menteri Luar India, Subrahmanyam Jaishankar pada Jumaat, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Tanpa pembaharuan bermakna, termasuk peluasan dalam kategori anggota tetap dan tidak tetap, keberkesanan serta kredibiliti PBB akan terus terbatas. Perwakilan Asia, Afrika dan Amerika Latin adalah penting,” kata Jaishankar.

Jaishankar berkata, pembaharuan PBB dan badan di bawahnya kekal sebagai tugas utama memandangkan institusi penting, khususnya Majlis Keselamatan, tidak lagi mencerminkan realiti semasa walaupun keanggotaan organisasi itu meningkat dengan ketara selain tanggungjawabnya semakin berkembang.

Menteri Luar India itu berkata, New Delhi secara konsisten memperjuangkan bentuk multipolariti yang mencerminkan realiti global semasa serta aspirasi negara membangun dan negara pasaran pesat membangun.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

Must Watch Video