Skip to main content

Dunia

Hugo Chavez semakin kritikal

41355923656_120x90.jpg
Presiden Venezuela, Hugo Chavez mengalami jangkitan pernafasan selepas menjalani rawatan barah di Cuba.

Perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Venezuela Ernesto Villegas.

Penjelasan terpaksa dibuat selepas terdapat pelbagai spekulasi mengenai tahap kesihatan Chavez yang didakwa semakin kritikal.

Chavez sebelum ini didiagnos barah pada Jun 2011 tetapi pulih selepas menjalani beberapa siri pembedahan.

Beliau masih perlu menjalani rawatan susulan selepas pembedahan keempat baru-baru ini.

Sementara itu Villegas menambah, Chavez  perlu berehat sepenuhnya untuk beberapa hari.

Di sebalik isu tahap kesihatan Chavez terdapat juga khabar angin mengenai pertukaran tampuk kuasa dan pilihan raya presiden baru.

Sebelum menjalani rawatan, Chavez  melantik Naib Presiden Nicolas  Maduro untuk memangku tugas.

Must Watch Video