Skip to main content

Dunia

Helikopter terhempas di Brazil, 4 maut

71679104777_helicoptercrashSa.jpg
SAO PAULO: Empat orang terbunuh selepas helikopter yang mereka naiki terhempas di sebatang jalan di Sao Paulo, Brazil pada Jumaat, menurut Jabatan Bomba.

Insiden berlaku pada 2:35 petang waktu tempatan di kejiranan Barra Funda di kawasan barat bandar itu, menurut ciapan Jabatan Bomba menerusi akaun Twitternya.

Menurut media tempatan, helikopter Robinson R44 Raven II dimiliki sebuah syarikat pengangkutan udara, lapor Xinhua.

Sao Paulo mempunyai 411 helikopter persendirian berdaftar, dengan 2,200 perjalanan harian direkodkan untuk 2021, menurut Persatuan Juruterbang Helikopter Brazil.

--BERNAMA-XINHUA



Must Watch Video