Skip to main content

Dunia

Helikopter bawa 16 penumpang terhempas di Kamchatka, Rusia

81628745704_TBhelicrashe.jpg
MOSCOW: Helikopter Mi-8 membawa tiga anak kapal dan 13 pelancong yang dalam penerbangan dari St Petersburg dan Moscow terhempas di wilayah Kamchatka timur Rusia, kata sumber perkhidmatan kecemasan kepada Sputnik.

Helikopter tersebut dilaporkan terjunam ke dalam tasik di hutan simpan Kronotsky pada Khamis.

Sekurang-kurangnya lapan mangsa ditemui terselamat di lokasi nahas, menurut syarikat penerbangan Vityaz Aero.

Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan bagi mengesan lapan mangsa yang lain.

"Helikopter tersebut dipercayai tenggelam hingga kedalaman 100 meter di Tasik Kuril," tambah sumber itu.

Helikopter dilaporkan terjunam ke dalam tasik di hutan simpan Kronotsky. - Foto AP

-- BERNAMA




Must Watch Video