Skip to main content

Dunia

Hamas ucap takziah, kecam pembunuhan Khamenei sebagai ‘jenayah keji’

71606558677_AliKhamenei.jpg
Hamas memuji peranan Khamenei (foto) yang selama ini menyokong perjuangan rakyat Palestin dari segi politik, diplomatik dan ketenteraan. -Gambar fail

GAZA: Kumpulan pejuang Palestin, Hamas, menzahirkan ucapan takziah atas kematian Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, sambil mengecam keras serangan bersama Amerika Syarikat (AS) dan Israel yang disifatkannya sebagai “jenayah keji”.

Dalam kenyataan rasminya, Hamas memuji peranan Khamenei yang selama ini menyokong perjuangan rakyat Palestin dari segi politik, diplomatik dan ketenteraan.

Hamas menegaskan bahawa AS dan Israel perlu bertanggungjawab penuh terhadap pencerobohan melampau yang mencabuli kedaulatan Republik Islam Iran.

Kumpulan itu turut memberi amaran bahawa tindakan sedemikian mampu mencetuskan ketidakstabilan besar di seluruh Timur Tengah, memandangkan serangan yang menyasarkan kepimpinan tertinggi Iran merupakan provokasi serius.

Selain itu, Hamas menyeru negara-negara Arab dan Islam untuk menggalas tanggungjawab politik serta undang-undang bagi mengambil tindakan tegas terhadap pencerobohan tersebut.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika kemarahan umat Islam memuncak susulan pengesahan kematian Khamenei serta beberapa pegawai tinggi pertahanan Iran dalam siri serangan udara di Tehran dan kawasan sekitarnya.

Must Watch Video