MANILA: Gempa bumi bermagnitud 5.1 menggegarkan Bogo City di Cebu pada awal pagi Jumaat, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs).
Gempa bumi tektonik itu berlaku 18 kilometer timur laut Bogo City pada 5.39 pagi waktu tempatan, lapor agensi berita Filipina (PNA).
Phivolcs berkata gegaran pada kedalaman 10 kilometer itu merupakan gempa susulan daripada gempa bumi bermagnitud 6.9 yang melanda perairan berhampiran pulau Cebu di tengah Filipina pada 30 Sept lepas.
Tiada kerosakan dilaporkan akibat gempa bumi bermagnitud 5.1 itu.
-- BERNAMA